7.12.11

bila kamu sakit
SAKIT

bila kamu sakit
aku turut sakit
bila kamu menangis
aku turut menangis
bila kamu sedih
aku turut sedih
bila kamu ketawa
aku turut ketawa

bila kamu sakit
tiada lagi ceria suasana
semua jadi muram kusam
tiada warna indah
gelap legap malap
seakan tiada erti
rindukan tawa hilai
rindukan gelak manja
rindukan keletah mengada
rindukan rengekan mesra
semua sudah hilang
lemah jiwa terasa
sendi rasa membeku
langkah tiada tertuju
semua jadi kaku
lesu edaran waktu
itulah semua rasaku

bila kamu sakit
wahai permata hatiku
cepatlah sembuh
aku mahu berlari
seiring denganmu…

bila dah sakit
sakit

bila dah sakit
baru sedar diri
baru ingatkan tuhan
nasib baik juga
kalau tidak entahlah
asyik lupa sentiasa
asyik ingat dunia
sibuk sepanjang masa
kejar pangkat harta

bila dah sakit
baru rasa insaf
baru ingatkan mati
nasib baik juga
kalau tidak entahlah
asyik bersuka ria
asyik lalai leka
tak kira siang malam
suka habiskan masa

bila dah sakit
baru rasa sesal
baru rasa bersalah
nasib baik juga
kalau tidak entahlah
asyik lupakan ibu
asyik lupakan ayah
tiada langsung menjengah
lupakan diri
nasib baik sakit
alhamdulillah…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan